Friday, October 4, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA beri sumbangan bantu ahli Rakan Seliaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Usaha terus dilaksanakan untuk membantu memberikan semangat dan motivasi kepada Rakan Seliaan (RS) supaya mereka terus gigih berusaha dalam bidang kerjaya pilihan mereka.

    Sehubungan dengan itu, Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) menyampaikan sumbangan berupa peralatan menangkap ikan kepada RS, Awang Osmandi bin Raduan di Kampung Tungku kelmarin.

    Penyampaian peralatan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang DiPertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya dan ahli Jawatankuasa Tadbir AFSA.

    Penyampaian bantuan berkenan adalah untuk memberikan semangat dan motivasi kepada Awang Osmandi untuk terus gigih berusaha dalam bidang kerjaya yang diminatinya. Ia juga diharap dapat membantu supaya beliau tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif serta tidak berfaedah.

    Timbalan Yang DiPertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri menyatakan bahawa Awang Osmandi merakamkan perasaan amat bersyukur serta terharu atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh AFSA dalam menyantuni orang-orang sepertinya.

    Haji Mustapa turut menyatakan bahawa RS berkenaan berjanji akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mengubah kehidupannya dan keluarganya ke arah yang lebih baik serta harmoni.

    Di samping itu, Haji Mustap menyeru kepada persatuan-persatuan, organisasi bukan kerajaan (NGOs) dan pihak yang berkepentingan supaya sama-sama tampil ke hadapan memberikan sokongan serta bantuan kepada golongan berkenaan supaya mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik dalam komuniti mereka.

    Hajah Juhana bersama-sama ahli Jawatankuasa Tadbir AFSA menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada Awang Osmandi di Kampung Tungku, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda