Monday, December 2, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ain Edruce hamil anak kedua

    Pengacara Malaysia, Ain Edruce berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

    Ain atau Nurul Ain Edruce, 33, berkata, dia bersyukur apabila diberi rezeki lain selepas mengalami keguguran pada April lalu.

    “Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari itu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur.

    “Tak pernah aku sedih macam itu dalam hidup aku. Tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya memetik laporan mStar.

    Ain berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi tadi.

    Ain dan suami teruja sambut anak kedua. – mStar

    Dalam hantaran tersebut, Ain turut memuat naik beberapa foto di sekitar majlis gender reveal sekali gus menampakkan baby bump.

    Dia bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai usia dan jantina anak dikandungkannya.

    Namun dia memberitahu suaminya iaitu Amirul Hadiz Mustaffa gembira dengan
    kejutan di majlis gender reveal yang diadakan.

    “Doakan anak Ain sihat okay. Yang penting Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa ya?,” katanya lagi.

    Pada April lalu, Ain berkongsi dirinya mengalami pendarahan teruk sekali gus menyebabkan janin yang sedang dikandungkan mengalami keguguran.

    Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan memiliki cahaya mata yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda