Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ain Edruce rupanya meminati gitar

    Pelakon dan pengacara Malaysia, Ain Edruce berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah sebuah gitar jenama Gibson daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

    Memetik laporan mStar, Ain atau Nurulain Edruce, 33, berkata beliau sangat berdebar ketika menerima hadiah tersebut memandangkan beliau sudah lama tidak bermain alat muzik berkenaan.

    “Mengimbas kembali ketika Amirul bagi hadiah ulang tahun kelahiran yang buat aku gementar.

    “Sebenarnya aku dah lama berhenti gitar sebab aku trauma masa belajar dulu,” katanya.

    Ain berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan beliau menjerit kegembiraan saat membuka hadiahnya.

    Menerusi video yang dikongsikan itu juga, beliau turut berlari ke arah suaminya kerana terlalu gembira.

    Enggan menghampakan suaminya, beliau berjanji untuk berlatih bermain gitar kembali sekaligus melawan rasa traumanya.

    Malah menerusi hantaran berbeza, beliau juga berkongsi kecekapannya bermain gitar melalui lagu Mimpi Yang Sempurna yang dipopularkan Peterpen.

    “Susah betul tapi disebabkan dia beli kena belajar balik.

    “Perlahan-lahan Ain. Nanti okaylah itu. Terima kasih Amirul! Sayang awak!,” katanya lagi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat sokongan Amirul terhadap isterinya.

    Bukan itu sahaja, rakan-rakan selebriti turut menawarkan diri untuk menjadi vokalis kumpulan Ain memandangkan beliau memiliki kelengkapan jamming.

    “Mesti Amirul beli sebab dah tak larat Ain ajak main TikTok selalu.

    “Amirul sayang isteri sebab itu dia belikan benda yang isteri dia minta.

    “Dah boleh buat band, rumah dia dah lengkap macam tempat jamming,” antara komen ditinggalkan.

    Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 2019 dan memiliki cahaya mata yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    Ain Edruce ketika membuka hadiah daripada suaminya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...