Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif, The Locos tampil konsert simfoni

    Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Dewan Filharmonik Petronas (DFP), penyanyi Alif Satar bakal tampil membuat konsert di pentas berprestij itu bersama kumpulan The Locos.

    Konsert yang diberi nama Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO itu bakal berlangsung pada 23 Ogos ini bermula pukul 8.30 malam.

    Persembahan ini juga bakal menyaksikan kolaborasi istimewa antara Alif & The Locos bersama kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan pengarah muzik, Ahmad Muriz Che Rose.

    Menurut kenyataan mStar, gabungan dua kumpulan muzik itu akan membawakan lagu-lagu popular nyanyian Alif dalam susunan dan interprestasi simfoni.

    Pastinya sesuatu yang menarik apabila sebuah band seperti Alif Satar & The Locos tampil membuat persembahan dengan iringan muzik tambahan alunan simfoni.

    Antara lagu-lagu yang akan dipersembahan pada malam tersebut termasuk Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku dan Akhiri Penantianku.

    Secara tidak langsung konsert itu juga membuktikan keunggulan MPO apabila bekerjsama denga sebuah band menghasilkan persembahan berkualiti.

    Dalam masa sama Alif Satar & The Locos juga bakal tersenarai sebagai artis yang pernah berkolaborasi bersama MPO sama seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah. – Agensi

    Alif & The Locos janjikan persembahan terbaik bersama MPO. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda