Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amber Heard bakal timang anak kedua

    Tiada angin tiada ribut, pelakon Amber Heard mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

    Memetik laporan People, khabar itu dikongsikan rakan terdekat pelakon berkenaan.
    Katanya, usia kehamilan masih lagi di peringkat awal.

    Dia juga belum bersedia berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan berkenaan.

    “Masih agak awal sebenarnya, tapi ketika ini saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci pada peringkat ini.

    “Khabar ini sudah cukup gembira buat Amber dan Oonagh Paige,” katanya.

    Bagaimanapun individu berkenaan tidak berkongsi lanjut sama ada Amber mengandung secara semula jadi atau menggunakan ibu tumpangan.

    Amber juga dikatakan masih lagi mengunci mulut berhubungan khabar tersebut.

    Sebelum ini, Amber menggunakan kaedah ibu tumpangan bagi mendapatkan anak perempuannya Oonagh yang kini berusia tiga tahun. – Agensi

    Amber kunci mulut berhubung kehamilan kedua. – usatoday.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda