Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak kedua Ain Edruce dijangkiti RSV

    Anak kedua pengacara Malaysia, Ain Edruce mengalami masalah jangkitan respiratory syncytial virus (RSV) sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

    Memetik laporan mStar, Ain atau Nurul Ain Edruce, 34, berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang belum pun berusia sebulan terpaksa berdepan dengan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan itu.

    Kata Ain, anaknya kini sudah dibenarkan keluar dari wad dan memohon orang ramai mendoakan agar diberi kesembuhan.

    “Adik, lama dah duduk dalam wad tu jom balik. Kasihan kakak Soraya rindu awak.

    “Sedih mummy (panggilan Ain) haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua. Belum sebulan lagi awak lahir, baru berapa hari dah masuk wad balik.

    Ain sedih mengenangkan anaknya yang masih kecil menghidap jangkitan RSV. – mStar

    “Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum sembuh sepenuhnya sebab dia baru lahir kan.

    “Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia okay. RSV ini jahat,” katanya.

    Ain berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Ain memberitahu sebelum ini anak sulungnya iaitu Soraya terlebih dahulu dijangkiti RSV dan seterusnya melarat ke anak kedua.

    Kata Ain, disebabkan usia anaknya masih terlalu muda, doktor menasihati agar mendapatkan rawatan di hospital bagi pemantauan rapi.

    “Sebenarnya Soraya yang kena dulu, lepas itu berjangkit pula dekat adiknya. Cuma bila anak damit dijangkiti virus ini, dia jadi teruk sebab mereka tak boleh keluarkan kahak dan hingus.

    “Untuk anak damit bawah 6 bulan sangatlah bahaya sebab itu dia ditahan di wad. Sewaktu di hospital anak saya dijaga rapi oleh doktor,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda