Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angsa mati akibat selesema burung, CDC sahkan 11 kes manusia

    SAN FRANCISCO, 17 NOV – Seekor angsa berleher merah di Woodland Park Zoo, Seattle, dilaporkan mati awal minggu ini akibat kes selesema burung yang disyaki, menurut kenyataan pihak zoo.

    Sementara menunggu ujian pengesahan, ia dijangka menjadi kes pertama selesema burung di Woodland Park Zoo.

    Zoo itu turut menjelaskan bahawa selesema burung berpotensi memberi ancaman kepada mamalia, namun risiko kepada manusia adalah rendah.

    Pihak zoo turut menyatakan bahawa pengunjung tidak terdedah atau berhubung langsung dengan angsa berleher merah tersebut.

    Pihak berkuasa kesihatan Washington kini sedang menyiasat kes pertama jangkitan manusia di negeri itu selepas empat pekerja pertanian didapati positif selesema burung pada bulan Oktober.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan sebanyak 11 kes jangkitan manusia di negeri itu. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda