Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi PenggunaBijak dinaik taraf

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Aplikasi mudah alih PenggunaBijak telah dinaik taraf supaya ia kekal relevan dengan memberi fokus kepada meningkatkan pengalaman pengguna dan visibility maklumat pengguna dengan menawarkan lebih banyak maklumat kepenggunaan di hujung jari secara interaktif.

    Ini melalui fungsi seperti cari, cadang, susun dan tapis mengikut pilihan pengguna, penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, pengemaskinian wajah baharu yang lebih menarik, serta penyusunan maklumat yang lebih teratur.

    Aplikasi yang dinaik taraf tersebut telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa pembukaan Ekspo Produk Tempatan (EPT) 2022 di Dewan Bridex, Jerudong, hari ini.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Menurut Jabatan Peranca-ngan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, aplikasi berkenaan merupakan platform digital maklumat pengguna sebagai usaha memperkasa pengguna dengan maklumat-maklumat kepenggunaan dan seterusnya menggalakkan pengguna untuk mengamalkan budaya pengguna bijak.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew merasmikan aplikasi PenggunaBijak sambil disaksikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf. – Gambar serahan KSSUP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda