Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI – Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu.

    Suhu purata bulan lepas 26.4 darjah Celsius di Hong Kong menjadikannya ‘April paling panas’ sejak rekod bermula 140 tahun lalu, kata balai cerap, kelmarin.

    “Musim panas belum lagi tiba tetapi April sudah mencatat rekod panas,” kata balai cerap itu di media sosial.

    Bandar subtropika China itu telah menghadapi cuaca panas melampau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpuluh-puluh rekod suhu tinggi, termasuk paras tertinggi harian dan bulanan, ditetapkan setiap tahun sejak 2019, data pemerhatian menunjukkan.

    Pada 27 April, Hong Kong juga menetapkan rekod suhu harian untuk April, termasuk purata harian tertinggi 28.8 dan terendah harian tertinggi sebanyak 27.7.

    Sebaliknya, antara 1991 dan 2020, purata suhu harian pada bulan April adalah antara 21.1 dan 25.6.

    April yang paling panas tahun ini berlaku selepas musim sejuk yang ‘sangat panas’ dari Disember hingga Februari dan Mac yang ‘lebih panas daripada biasa’, dengan balai cerap menjangkakan suhu ‘melebihi kebiasaannya’ sepanjang 2024.

    Pelancong dari China menaiki kereta api di sempadan Lo Wu di Hong Kong pada 1 Mei. – AFP

    Jabatan buruh Hong Kong, kelmarin, mengemas kini sistem amaran tiga peringkatnya untuk tekanan haba di tempat kerja, menambatnya kepada amaran cuaca panas balai cerap dan menggandakan tempoh minimum amaran haba daripada 30 minit kepada satu jam.

    Sistem itu mewajibkan tempoh rehat atau penangguhan kerja bergantung pada tahap suhu dan jenis kerja.

    Hong Kong tidak memasukkan strok haba sebagai kecederaan berkaitan kerja dalam undang-undangnya walaupun terdapat laporan orang mati akibat penyakit itu ketika bekerja dalam musim panas yang terik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...