Monday, January 6, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aroma nasi lemak pandan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Semua orang tahu nasi lemak adalah beras putih yang dimasak menggunakan air santan berbanding biasanya air putih.

    Penggunaan air santan bersama beberapa helai daun pandan semasa memasak beras bertujuan untuk memberi kelembutan, rasa lemak dan aroma harum pada tekstur nasi.

    Namun nasi lemak pandan pula adalah variasi kreatif yang menggunakan jus pandan dan menjadikan nasi berwarna hijau.

    Nasi lemak pandan biasanya dihidangkan dengan lauk pauk tradisional seperti sambal pedas, ikan bilis rangup, telur rebus, kacang goreng dan pilihan tambahan seperti ayam goreng berempah atau daging rendang. Kombinasi rasa dan aroma yang harmoni menjadikan nasi lemak pandan kegemaran ramai sebagai juadah sarapan atau makan tengah hari.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak pandan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu yang pertama bahan untuk nasi lemak adalah seperti, 2½ cawan beras, 1 kotak santan, empat helai daun pandan yang diblender, ditapis dan diambil airnya, air secukupnya untuk menanak nasi, tiga ulas bawang kecil dan dua ulas bawang putih yang dihiris, satu batang serai, satu helai daun pandan, satu inci halia yang diketuk dan garam secukupnya.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Manakala bahan membuat sambal ikan bilis adalah seperti ikan bilis, cili kering kisar, belacan, air asam jawa, bawang merah dan bawang putih, bawang besar yang dihiris bulat dan garam serta gula secukupnya.

    Bahan untuk ayam goreng berempah pula adalah seperti ayam, 2 inci halia, 3 batang serai, 2 biji bawang besar, 1 senduk cili kering kisar, garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediaannya pula, untuk membuat nasi lemak, mula-mula panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.

    Tumis bawang merah serta bawang putih, kemudian masukkan halia, serai serta simpulan daun pandan. Selepas itu masukkan santan, air daun pandan, garam serta beras dan tambah air secukupnya.

    Setelah itu pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah masak kacau dengan garpu supaya nasi tidak patah.

    Manakala cara membuat sambal, panaskan kuali, tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili garing. Setelah itu masukkan belacan serta air asam jawa.

    Biarkan mendidih, masukkan ikan bilis serta bawang besar kemudian masukkan pula garam/gula.

    Cara untuk membuat ayam goreng berempah pula ayam dipotong serta dibersihkan, lalu halia serai dan bawang besar dikisar hingga halus, masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk kari serta garam dan gula. Gaul sebati ayam dan bahan.

    Perapkan dahulu sebelum digoreng. Lebih lama peram lagi sedap.

    Setelah siap kesemuanya, nasi pandan bolehlah dihidang dengan sambal dan ayam goreng berempah, telur rebus serta hirisan buah timun. Selamat mencuba!

    BAHAN-BAHAN

    Bahan untuk nasi lemak:
    • 2 1/2 cawan beras
    • 1 kotak santan -200ml
    • 4 helai daun pandan – blender, tapis ambil airnya.
    • Air secukupnya untuk menanak nasi
    • 3 ulas bawang kecil
    • 1 batang serai
    • 1 helai daun pandan
    • 1 inci halia diketuk
    • Garam secukupnya

    Bahan untuk sambal ikan bilis:
    • Ikan bilis
    • 2 cawan cili kering kisar
    • Sedikit belacan
    • Air asam jawa
    • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
    • 2 ulas bawang putih – dihiris halus
    • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
    • Garam serta gula secukupnya

    Bahan untuk ayam goreng berempah:
    • 1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
    • 2 inci halia
    • 3 batang serai
    • 2 biji bawang besar
    • 1 senduk cili kering kisar
    • Garam
    • Gula
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Sedikit serbuk kari

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda