Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS, Britain umum sekatan terhadap Rusia

    WASHINGTON, 23 FEB – Presiden Joe Biden mengumumkan satu set sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas sektor kewangan Rusia berikutan keputusan Moscow mengiktiraf kemerdekaan republik rakyat Donetsk dan Luhansk.

    “Kami akan melaksanakan sekatan penuh ke atas dua institusi kewangan utama Rusia, VEB dan bank tentera mereka. Kami melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas hutang kerajaan Rusia.

    “Bermakna kami menyekat kerajaan Rusia daripada pembiayaan Barat. Ia tidak lagi boleh mengumpul duit daripada Barat dan tidak boleh melakukan perdagangan baharu di pasaran kami mahupun pasaran Eropah,” lapor Sputnik memetik ucapan Biden di Rumah Putih.

    Lebih banyak sekatan terhadap Rusia akan diumumkan jika keadaan Ukraine bertambah meruncing.

    Sementara itu, Britain juga mengumumkan akan mengenakan beberapa sekatan ke atas Rusia susulan perkembangan terkini di Ukraine, kelmarin.

    Presiden Boris Johnson berkata Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu, lapor Xinhua.

    “Sebarang aset yang mereka pegang di United Kingdom (UK) akan dibekukan, individu terbabit juga dilarang melancong ke sini, dan kami akan melarang semua individu serta entiti UK membuat sebarang urusan dengan mereka,” katanya.

    Tambah beliau, Britain tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung situasi di Ukraine. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...