Wednesday, September 11, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet judo negara tampil aksi cemerlang

    PULAU PINANG, 11 DIS – Persekutuan Judo Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNJF) dengan bangganya mengumumkan prestasi cemerlangnya pada Kejohanan Judo Jemputan Pulau Pinang 2023, bertempat di Dewan Bankuet Sunshine Square, di Pulau Pinang, Malaysia.

    Atlet judo negara mempamerkan kemahiran dan keazaman yang luar biasa, dan telah memperoleh pencapaian dalam kategori masing-masing.

    Bagi kategori Lelaki Veteran bawah 73kg, Mohd Farid bin Bujang telah berjaya memenangi pingat emas. Sementara Norhidayat bin Abdul telah mengutip pingat perak bagi kategori Lelaki Veteran (B) bawah 66kg.

    Dua orang atlet bagi kategori Senior (B) bawah 73kg berjaya membawa pulang pingat gangsa iaitu Mohd Nur Hafizzan bin Kadir dan Hajah Nuruljannah binti Haji Mohd Zamari.

    Manakala, Mohd Wajdi Wa’ie@Wafi bin Khairul Shaffarani pula mengutip pingat gangsa bagi kategori Junior (B) bawah 66kg.

    Bagi kategori Lelaki Veteran atas 100kg, Kevin Onn Khai Hau, dan kategori Perempuan Senior bawah 48 kg, Nur Farah Aqilah binti Mohd Abidin, kedua-dua mereka telah berjaya melayakkan diri hingga ke suku akhir.

    Pasukan diiringi oleh pegawai pasukan iaitu Mohd Ali Rashid Haji Mohd Alipah selaku pengurus pasukan, dan jurulatih, Chong Chee Kiong.

    Semua atlet judo yang telah mengambil bahagian dalam sukan tersebut telah memperoleh pengalaman yang tidak ternilai.

    BDNJF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Mitsubishi Corporation atas sokongan yang tidak berbelah bahagi termasuk sokongan kewangan bagi membolehkan penyertaan pasukan judo Brunei di kejohanan tersebut.

    Atlet judo negara bergambar kenangan ketika menyertai Kejohanan Judo Jemputan Pulau Pinang 2023.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda