Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Muay Thai bakal jalani latihan di Bangkok

    BANGKOK, 12 DIS – Persatuan Muaythai Malaysia akan menghantar atletnya menjalani latihan di sini, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Hanoi, Vietnam tahun depan yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei.

    Presidennya, Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi berkata berikutan ketiadaan sebarang pertandingan dan kejohanan ekoran pandemik COVID-19, pada kali ini tiada sesi pemilihan awal atlet bagi menghadapi temasya sukan berkenaan.

    Oleh sebab itu, beliau berkata pemilihan atlet untuk Sukan SEA Hanoi akan berdasarkan kepada prestasi mereka pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok, yang berakhir semalam.

    “Kita kesuntukan masa untuk pemilihan atlet kerana hanya tinggal lima bulan sebelum temasya Sukan SEA. Saya akan hantar mereka ke sini (Thailand) untuk latihan pasukan kebangsaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Muhammad Shahnaz berkata atlet kebangsaan perlu menjalani latihan di luar negara agar dapat pendedahan dan menimba pengalaman sekali gus meningkatkan prestasi masing-masing.

    “Selain itu, kita juga menghadapi cabaran kerana ketiadaan rakan seperlatihan khususnya untuk atlet seperti Mohammad Rifdean Masdor dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib,” katanya.

    Skuad Muay Thai Malaysia menampilkan aksi cemerlang apabila membawa pulang lima pingat emas pada Kejuaraan Muay Thai Dunia 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda