Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Atuk dah pencen nak!’

    Cef selebriti Datuk Redzuan meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak cuba membandingkan pencapaiannya dengan selebriti media sosial iaitu Khairul Aming.

    Menurut mStar, Redzuan atau mesra disapa Cef Wan, 66, berkata tiada keperluan untuk membuat perbandingan tersebut memandangkan mereka berdua datang daripada latar belakang berbeza.

    “Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing. Buang masa!

    “Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza, untuk apa segala perbandingan?” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

    Berserta kapsyen tersebut, Cef Wan memuat naik video ulasan milik seorang pempengaruh media sosial mengenai perkara itu.

    Cef Wan percaya tiada keperluan untuk orang ramai membandingkan mereka berdua. – mStar

    Sebelum ini, ada pihak membanding-bandingkan pencapaian dan kemampuan memasak Cef Wan dan Khairul selepas pempengaruh itu menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

    Dalam pada itu, Cef Wan menjelaskan dia langsung tidak tersinggung sekiranya pengalaman dan sumbangannya selama lebih tiga dekad dipandang sepi masyarakat.

    Menyedari waktunya menyinar sudah lama berakhir, Cef Wan berkata dia kini mahu fokus menikmati hari tua dan menguruskan perniagaan.

    “Selepas 34 tahun kerjaya saya di TV dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun tak berkudis badan saya.

    “Ingat, kita ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.

    “Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda