Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan anak damit lelaki di sebuah pusat perubatan baru-baru ini.
Suami Ayu iaitu Zaquan Adha, 35, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instastory miliknya dan meluahkan rasa kesyukuran atas kelahiran anak keenam mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak damit lelaki pada pukul 2:25 petang.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Bagaimanapun, Zaquan tidak berkongsi wajah anak damitnya itu sebaliknya memuat naik beberapa momen foto ketika isterinya dimasukkan hospital.
Untuk rekod, Ayu yang juga adik kepada aktres, Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, dan Muhammad Aisy Al Jibreel. – Agensi