Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangun teknologi transformatif mampan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Dalam era inovasi digital, adalah amat penting untuk mempunyai minda berfikiran ke hadapan di mana potensi besar memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) mampu memberikan impak dan inovasi tahap baharu.

    Oleh itu, kerjasama antara syarikat, industri dan juga institusi penyelidikan dan akademik dapat mempercepatkan inovasi serta menggandakan manfaat AI.

    Dengan bekerjasama, kita dapat membangunkan teknologi transformatif dan menjana tenaga masa depan yang lebih efisien dan mampan, jelas Penolong Naib Canselor (Pelajar, Perkhidmatan dan Alumni), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Dr Au Thein Wan dalam ucapan alu-aluannya semasa Simposium AI dan Transformasi Digital yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

    Hadir di simposium berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh bagi mewakili Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

    Simposium berkenaan menyaksikan ucaptama disampaikan oleh Pengurus Besar Inovasi Digital, Shell, Hariharasudhan Ramani yang membincangkan kesan transformatif AI di seluruh industri dengan menekankan peranannya dalam meningkatkan keberkesanan operasi serta memacu inovasi.

    Beliau turut menyentuh mengenai perkembangan yang merubah landskap industri dan tenaga di mana ia menjana peluang-peluang baharu bagi perniagaan serta pelbagai aplikasinya dalam dunia sebenar.

    Simposium itu turut menyaksikan sesi soal dan jawab yang memberikan peluang kepada para hadirin untuk mengemukakan persoalan kepada Hariharasudhan Ramani serta mendapatkan pandangan praktikal mengenai aplikasi transformasi digital dan AI.

    Dr Chin Wei Keh semasa menghadiri simposium berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Dr Au Thien Wan semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di simposium berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Antara yang menghadiri Simposium AI and Digital Transformation di Dewan Kuliah 2, UTB, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda