Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBA tewas di tangan Yi’s Nation V2

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Pasukan Yi’s Nation V2 mencatat kemenangan 86-65 ke atas Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) dalam kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 di Gelanggang BBA di Batu Bersurat hari ini.

    Dengan berbekalkan pemain bola keranjang berpengalaman seperti Termizi Nordeen dan Jamri Ramlee, kemenangan Pasukan Yi’s Nation V2 itu diilhamkan oleh pemain bawah 23 tahun.

    Jonathan Lim mempamerkan persembahan terbaik apabila berjaya menjaringkan mata tertinggi 22 mata sementara William Ching menyumbang 18 mata.

    Termizi Nordeen berjaya menjaringkan 15 mata sementara pemain bawah 23 tahun Brendan Lim menjaringkan 12 mata dan pemain daripada pasukan BBA, Chris Chiew berjaya memperoleh 17 mata.

    Pasukan Yi’s Nation V2 mendominasi perlawanan dengan Termizi Noorden melakukan jaringan tiga mata setelah rakan sepasukannya Brendan Lim sebelum ini berjaya mendapatkan bola.

    Pada awal suku keempat perlawanan, Jamri Ramlee membantu serangan pasukan Yi’s Nation V2 dengan Jonathan untuk melakukan jaringan.

    Sementara itu pada perlawanan kedua Khamis lalu, pasukan Yi’s Nation berjaya mengalahkan Tutong Basketball 87-71.

    Perlawanan akan diteruskan malam ini dengan Pasukan Ong Sum Ping menentang Pasukan 409 dan pertandingan wanita pasukan Shooting Star akan bertemu menentang Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA).

    Pasukan Ong Sum Ping memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam kejohanan itu.

    Antara aksi pemain semasa perlawanan di antara Pasukan Yi’s Nation V2 dan BBA yang berlangsung di Gelanggang BBA di Batu Bersurat semalam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda