Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa orang cedera pada acara bunga api 4 Julai

    PROVO, UTAH, 5 JULAI – Beberapa orang cedera apabila bunga api terkena penonton di dalam stadium bola sepak semasa sambutan 4 Julai di Utah, kata polis.

    Kejadian itu berlaku semasa upacara pembukaan acara Stadium of Fire di Stadium LaVell Edwards di Provo, yang merupakan stadium bola sepak kampus Young Brigham University, lapor KUTV-TV.

    Jumlah mangsa dan tahap kecederaan pada acara cuti tahunan itu tidak diketahui serta-merta, kata jurucakap Jabatan Polis Provo, Janna-Lee Holland.

    Video-video yang disiarkan di media sosial menunjukkan satu bunga api melencong daripada gugusan yang dilancarkan ke langit di atas padang dan mendarat antara
    barisan penonton di tempat duduk di arena luar.

    Selepas penangguhan singkat, Jabatan Polis BYU membenarkan pihak penganjur meneruskan acara itu, yang menampilkan Jonas Brothers, lapor KUTV.

    Jabatan Polis Provo dan BYU tidak segera membalas e-mel daripada The Associated Press untuk mendapatkan maklumat lanjut. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda