Sunday, January 12, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan air dipotong yang tular bukan dalam negara

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa maklumat tular melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, mengenai pemotongan bekalan air dan imbasan kod QR bagi pembayaran bil air, bahawa perkara itu terjadi di negara jiran dan bukan di Negara Brunei Darussalam.

    Dalam hubungan itu, JKR memohon orang ramai untuk tidak menyebarkan lagi maklumat berkenaan demi menjaga ketenteraman awam.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau terus kepada JKR melalui akaun media sosial rasmi iaitu Instagram: jkrbrunei atau Facebook: Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam.

    Gambar pemotongan bekalan air berlaku di luar negara yang tular. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda