Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan berjadual bagi saluran paip gas PID0016 telah selesai dilaksanakan dan kawasan-kawasan yang terjejas telah menerima bekalan elektrik sepenuhnya tengah malam tadi.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), di sini, hari ini, menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan pada saliran paip gas berkenaan telah selesai dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, sebaik sahaja kerja selesai, kawasan-kawasan yang terjejas telah pun menerima bekalan elektrik sepenuhnya pada pukul 12:08 pagi, 24 Disember.
Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan berjadual yang dilaksanakan oleh BSP
bagi saluran paip gas PID0016 pada 22 hingga 23 Disember telah menyebabkan gangguan sementara bekalan elektrik ke beberapa buah kawasan di Daerah Brunei dan Muara.
Pihak JPE dan BSP dalam kenyataan itu, merakamkan ucapan terima kasih kepada orang
ramai atas kesabaran dan keyakinan yang diberikan oleh orang ramai kepada pihak JPE dan BSP dalam membaik pulih bekalan tenaga elektrik di sepanjang gangguan sementara berkenaan.