Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas PM Malaysia didakwa menghasut

    GUA MUSANG, MALAYSIA, 27 OGOS – Bekas perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah didakwa atas pertuduhan hasutan hari ini berhubung kenyataan mengenai bekas
    raja negara itu, kata peguamnya.

    Ahli politik berusia 77 tahun itu mengaku tidak bersalah, kata peguamnya kepada pemberita di luar mahkamah di bandar utara Gua Musang.

    Penyokong pemimpin pembangkang itu bersorak apabila mendengar rayuannya, kata seorang wartawan AFP.

    Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan, dengan susunan unik yang menyaksikan takhta bertukar tangan setiap lima tahun antara pemerintah sembilan negeri Malaysia yang diketuai oleh kerabat diraja Islam yang berusia berabad-abad.

    Pertuduhan itu berpunca daripada ucapan Muhyiddin sebelum pilihan raya kecil bulan ini, di mana beliau mempersoalkan keputusan raja pada 2022 untuk melantik pesaingnya sebagai perdana menteri berikutan pemilihan yang hangat dipertandingkan.

    Kenyataan itu dilihat sebagai penghinaan kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang memerintah dari 2019 hingga Januari tahun ini.

    Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri oleh Baginda selepas pilihan raya 2022 kerana beliau mampu membentuk gabungan. – AFP

    Muhyiddin Yassin melambai ketika tiba di mahkamah di Gua Musang, Kelantan, kelmarin, selepas didakwa menghasut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda