Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Berkat doa arwah ibu, Ubai bersyukur dapat isteri sangat baik

    Rindu arwah ibu tercinta, personaliti media sosial Malaysia, Ubai meluahkan rasa syukur kerana berkat doa ibundanya itu beliau dikurniakan seorang isteri yang baik dan rezeki melimpah ruah.

    Memetik laporan mStar, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, yang berterima kasih atas segala pengorbanan arwah semasa hayat, berjanji akan menjaga isteri iaitu Shila Amzah dan keluarga dengan baik.

    “Alhamdulillah mak, atas doa mak Ubai dapat isteri yang sangat baik, rezeki yang melimpah ruah dan tak lama lagi mak akan dapat cucu pertama.

    “Ubai janji jaga Sha (panggilan Shila) dan keluarga dengan baik. Terima kasih atas doa dan pengorbanan mak selama ini. Ubai rindu,” katanya.

    Ubai berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, kelmarin.

    Dalam pada itu, Ubai turut memberitahu banyak perubahan yang berlaku selepas pemergian ibunya pada tahun lalu.

    Kata Ubai, rumah peninggalan Allahyarham sudah dinaik taraf olehnya dan isteri, malah mereka turut menerima kunjungan tetamu yang ramai pada Aidilfitri lalu terutamanya dalam kalangan rakan-rakan arwah adiknya iaitu Azrul.

    “Banyak yang berubah selepas pemergian mak. Rumah mak dah cantik Ubai dan Sha (panggilan Shila) buat.

    “Semua yang datang beraya, semua suka tengok rumah. Pusara mak dan Azrul pun dah cantik. Pagi raya ramai datang melawat, lagi-lagi kawan Azrul.

    “Kan best kalau Ubai boleh kongsi rezeki yang ada sekarang dengan Mak dan Azrul,” ujarnya.

    Pada 30 Julai tahun lalu, ibu Ubai iaitu Rohani Jamal meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap tiga.

    Sebelum itu, Ubai kehilangan adik lelakinya iaitu Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia pada 4 Mei tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

    Untuk rekod, Ubai bernikah dengan Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama. – Agensi

    Shila dan Ubai bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...