Oleh Adib Noor
Gambar oleh Bahiyah Bakir dan Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Santap sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 tahun di Istana Nurul Iman kelmarin.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.
Majlis santap juga dihadiri tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, antaranya Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching; Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang dan isteri, Tengku Puteri Seri Teja Dato Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaim Billah; Pemerintah Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Dato Paduka Seri Mohamad Andika Perkasa dan isteri, Hetty Andika Perkasa serta mantan Setiausaha Jabatan Kewangan Filipina Carlos Dominguez III dan isteri, Cynthia Andrews Dominguez.
Majlis bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan, diikuti oleh bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan muzik daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.