Tuesday, May 14, 2024
33.7 C
Brunei

    -

    Berkenan sempurnakan Perasmian Program Antarabangsa ‘Share Learn Grow’ PPPBD

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Program Antarabangsa ‘Share Learn Grow’ Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam Tahun 2023, hari ini.

    Keberangkatan Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ke Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dijunjung Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Hajah Viviyanti binti Haji Md Ali selaku Pengerusi Program Antarabangsa ‘Share Learn Grow’ Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam Tahun 2023.

    Di majlis itu, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan mengurniakan sabda perasmian menjelaskan, kehadirian peserta program melambangkan keupayaan pergerakan untuk membawa anak-anak muda perempuan dan wanita bersama-sama dalam suasana persekitaran Negara Brunei Darussalam, The Abode of Peace.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan mengurniakan sabda.

    Yang Teramat Mulia dalam sabdanya turut berharap semua peserta dapat menikmati penginapan yang sangat menyeronokkan dipenuhi dengan pengalaman bermakna dan kenangan yang berkekalan.

    “Semoga ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari tentang budaya yang berbeza dan membina persahabatan yang kukuh dan sepanjang hayat,” sabdanya.

    Program berkenaan disertai oleh 210 peserta daripada sembilan buah negara iaitu tuan rumah Negara Brunei Darussalam, Bangladesh, Kemboja, India, Malaysia, Maldives, Pakistan, Filipina dan Singapura.

    Antara peserta yang menghadiri majlis tersebut daripada sembilan buah negara iaitu tuan rumah Negara Brunei Darussalam, Bangladesh, Kemboja, India, Malaysia, Maldives, Pakistan, Filipina dan Singapura.

    Antara lain tujuan program antarabangsa adalah untuk mempromosi kerjasama dan kolaborasi dalam persekitaran yang sihat dan selamat, menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan, merangsang kerjasama dan kepimpinan antara generasi serta mengenali Negara Brunei Darussalam secara lebih dekat.

    Terdahulu sebelum penyempurnaan perasmian program berkenaan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam Hajah Viviyanti dalam sembah alu-aluan antara lain menggariskan, dalam meraikan 70 tahun PPPBD, mereka merenungkan kelebihan dan pembelajaran yang mendalam dalam teras pergerakan mereka.

    Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Hajah Viviyanti binti Haji Mohd Ali.

    “Dengan Moto ‘Bersedia’ merangkumi komitmen kami untuk memimpin anak-anak muda Perempuan dan wanita ke arah menjadi warga global yang bertanggungjawab dan dinamik,” jelasnya.

    Beliau turut menyembahkan, sambutan itu juga adalah pengiktirafan bahawa kepimpinan dalam Pandu Puteri adalah lebih daripada peranan, ia adalah peluang untuk anak-anak muda perempuan dan wanita untuk menimba ilmu, membina keyakinan dan memperoleh kemahiran baharu.

    Turut hadir di majis itu, Naib-Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris dan Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali.

    Hadir sama, Pengerusi / Chair Asia Pacific Regional Committee World Association of Girl Guides and Girl Scouts Chempaka Emalin Pahamin, Ahli World Board World Association of Girl Guides and Girl Scouts, Sharrada Segeran, dan Sukarelawan World Association of Girl Guides and Girl Scouts, Dato Jeyadhevi Subramaniam.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Papan iklan runtuh bunuh 3, cederakan 59 ketika hujan lebat di...

    NEW DELHI, 14 MEI - Sebuah papan iklan telah runtuh dan membunuh tiga orang dan mencederakan 59 di ibu kota kewangan India, Mumbai, dalam...