Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Nadia Aqilah tidak rancang tambah anak

    Selepas memiliki sepasang cahaya mata, pelakon Nadia Aqilah tidak merancang untuk menambah bilangan anak.

    Memetik dari mStar, Nadia atau Nadia Aqilah Bajuri, 38, berkata ia kerana beliau mahu ikatan hubungan yang lebih erat antara keluarga dan mahu memastikan detik bersama dua anaknya itu tidak terlepas.

    Nadia bagaimanapun berkata beliau tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil lagi di masa akan datang.

    “Cukuplah sepasang… saya mahu hubungan yang kuat bersama anak-anak. Ibu bapa sekarang pun mesti nak melihat proses pembesaran anak mereka.

    “Suami saya juga sudah bersetuju. Malah beliau pun agak trauma melihat saya mengalami alahan teruk sepanjang dua kali hamil sebelum ini,” katanya kepada mStar.

    Nadia ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul MagiK yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini.

    Berkongsi tentang kehidupan harian sebagai seorang ibu, Nadia juga meletakkan batas dalam menerima tawaran kerja.

    Kata Nadia, beliau tidak mahu mengambil tawaran yang memerlukannya berada di lokasi terlalu lama sehingga menyebabkan kurang masa bersama keluarga.

    “Saya yang tetapkan syarat untuk tidak terlalu lama di set penggambaran. Sekarang pun anak kedua masih menyusu badan, jadi saya kena lebih banyak masa di rumah.

    “Kita pun perlu keseimbangan dalam kerja. Kenalah bataskan dalam menerima tawaran,” jelasnya.

    Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada April 2018 dan memiliki sepasang cahaya mata iaitu Senja Aqilah, 4, dan Aria Bayu, lima bulan. – Agensi

    Nadia Aqilah bergambar bersama suami dan anak sulung mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...