Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bibik Ayu, Zaquan lari lepas dapat gaji

    Pemain bola sepak Zaquan Adha ada menerima mesej daripada suami pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Rabu lalu.

    Isteri Zaquan iaitu pelakon Ayu Raudhah, 39, berkata, lelaki berkenaan memberi amaran agar mereka berhati-hati dengan wanita tersebut yang sudah merancang untuk melarikan diri dengan kekasih gelapnya.

    Bagaimanapun kata Ayu, malangnya mesej itu dihantar selepas wanita tersebut dan seorang lagi pembantu rumahnya melarikan diri dari kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.

    “Lelaki berkenaan mesej Zaquan minta kami berhati-hati sebab dia dapat tahu isterinya mahu melarikan diri selepas mendapat gaji.

    “Suami pembantu saya ini berada di Indonesia dan dakwa isterinya itu curang dan mahu lari bersama kekasih gelapnya.

    Ayu reda menerima ujian sewaktu sedang berpantang anak keenam. – mStar

    “Tapi masalahnya dia hantar mesej itu selepas pembantu saya itu melarikan diri. Kalau kami tahu lebih awal mungkin saya sudah ambil telefon dan tahan dia,” katanya ketika dihubungi mStar baru-baru ini.

    Ayu sebelum ini mendedahkan dua pembantu rumahnya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai menjejaki mereka.

    Dalam pada itu, Ayu memberitahu kedua-dua pembantu rumahnya itu baru sahaja bekerja dengannya sekitar empat bulan lalu.

    Ayu bagaimanapun bersyukur kerana tiada barang peribadi milik keluarganya yang hilang namun tetap akan membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

    “Dua pembantu rumah ini mula bekerja dengan kami sejak empat bulan lalu selepas orang gaji lama berhenti untuk berkahwin,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda