Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bintulu jadi pusat Sambutan Hari Sarawak 2024

    KUCHING, 3 JULAI – Sambutan Hari Sarawak yang diadakan pada setiap 22 Julai sejak 2016 bagi memperingati tarikh negeri itu berkerajaan sendiri akan berpusat di bandar Bintulu tahun ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

    Beliau yang merupakan menteri bertanggungjawab untuk sambutan itu tahun ini berkata, perhimpunan Hari Sarawak yang akan dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg di tapak Lapangan Terbang lama Bintulu bakal menjadi acara kemuncak sambutan.

    “Antara pengisian dalam acara kemuncak yang akan bermula pada 8 malam itu ialah pertunjukan pentomin, persembahan oleh artis tempatan dan tanah air serta Gema Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi persiapan sambutan Hari Sarawak di Bintulu hari ini.

    Selain itu, menurutnya acara Fun Ride akan diadakan pada hari yang sama bermula 7 pagi di Dewan Suarah Bintulu, manakala majlis kesyukuran sambutan akan diadakan untuk penganut agama lain pada 20 Julai dan umat Islam pada 21 Julai.

    Menurutnya Hari Sarawak merupakan antara acara utama kerajaan negeri yang bertujuan menyatukan rakyat bagi menghayati semangat cintakan tanah air serta menghargai perjuangan terdahulu dan sekarang tatkala negara mengharungi pelbagai cabaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...