KUALA LUMPUR, 1 Okt – Inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan (BRI), projek mega China melibatkan pembangunan infrastruktur pada abad ke-21, akan memperluaskan penggunaan renminbi, sekali gus menggalakkan pengantarabangsaan mata wang itu, menurut profesor ekonomi.
Profesor di Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata memandangkan renminbi tidak diterima sepenuhnya sebagai mata wang asing, kerajaan China perlu meliberalkan lagi rejim mata wang mereka.
“Renminbi belum lagi menjadi mata wang antarabangsa disebabkan kawalan modal (oleh China) secara relatif ke atas akaun modal. Apabila akaun modal dikawal oleh peraturan dan sekatan, tahap keyakinan terhadap renminbi akan berkurangan.
“China perlu meliberalkan sistem kewangannya supaya mata wang itu akan lebih diterima, contohnya renminbi bebas diniagakan dan digunakan penduduk di negara lain,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, penggunaan renminbi pada ketika ini adalah terhad hanya untuk tujuan perdagangan??????? malah perkara itu disedari oleh kerajaan China dan ia semakin terbuka dan menggalakkan penggunaan renminbi melalui perdagangan dua hala dalam import dan eksport.
Dr Yeah berkata, secara ringkasnya, BRI mempunyai impak dan akan meningkatkan penggunaan??????? renminbi dalam pelaburan dan aliran modal China ke negara yang terlibat dalam inisiatif BRI.
Ia seterusnya membawa kepada perdagangan dan pelaburan lebih besar dan menyaksikan???????penggunaan renminbi secara lebih luas sebagai mata wang pertukaran, sebagai contoh untuk membayar balik pinjaman, katanya.
Beliau berkata, kerajaan China secara berperingkat perlu mengantarabangsakan renminbi menerusi pendekatan lebih terbuka, malah usaha menggalakkan perdagangan dalam denominasi renminbi mungkin menjadi?????? ?penyelesaian untuk China. – Bernama