Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Budak lelaki maut dalam kereta

    MIAMI GARDEN, FLORIDA, 12 JULAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut selepas ditinggalkan di dalam kereta di luar sekolah tadika Selatan Florida, di mana ibu bapanya adalah kakitangan sekolah, kata polis.

    Kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada sekumpulan kanak-kanak dari keluarga yang sama, menghadiri Pusat Pembelajaran Lubavitch di Miami Garden, menurut laporan Miami Herald.

    Suhu di luar bangunan adalah 90 fahrenhait. Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia. Bapa kanak-kanak itu telah disoal siasat oleh polis kelmarin, tambah laporan tersebut.

    “Tragedi itu berlaku dekat dengan kediaman, dan banyak daripada komuniti sekolah ini terjejas olehnya. Tidak ada satu kata pun dapat diluahkan betapa sedihnya kami,” kata dekan pusat berkenaan, Rabbi Benzion Korf dalam satu kenyataan pendek yang dikeluarkan kelmarin.

    Sementara itu, Korf berkata pakar terapi dan kaunselor akan disediakan untuk kakitangan dan pelajar di pusat itu hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...