Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Cebelle sumbang emas pertama Selangor

    KUALA LUMPUR, 15 SEPT – Atlet wusyu Selangor Mandy Cebelle Chen menamatkan penantiannya selama lapan tahun untuk menggenggam pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengungguli acara Taijiquan wanita di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini hari ini.

    Pencapaian dilakar atlet berusia 19 tahun berkenaan lebih bermakna apabila ia merupakan emas pertama diraih kontinjen Selangor pada temasya edisi ke-20 itu.

    Beliau berhasil mempersembah gerakan memukau yang menambat hati para juri untuk mengutip mata tertinggi 9.600 menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Kwan Yong Xin yang merangkul perak dengan 9.556 manakala gangsa menjadi milik wakil Sarawak Yong Arifah Khairul Kok selepas mengumpul 9.530.

    Mengulas mengenai persembahannya, atlet yang selesa dipanggil Cebelle itu tidak menjangkakan kemenangan yang diraih namun menyifatkan penantian dan usaha kerasnya selama lapan tahun amat berbaloi. 

    “Bermula dari saat saya menceburi wusyu pada 2015, saya menunggu ini (menggenggam emas), kerana Sukma adalah kejohanan tertinggi di Malaysia dan berprestij. Jadi saya sangat bangga dengan diri saya kerana banyak halangan yang saya hadapi tahun ini.

     Zhi Yan yang berusia 22 tahun itu mengumpul catatan mata terbaik untuk mendominasi saingan selepas mengumpul 9.650 manakala Xiao Yuan (9.570) dan Zi Hong (9.556). 

    “Sepatutnya saya sasar untuk beraksi lebih baik tetapi ini yang saya mampu buat, terima kasih kepada jurulatih saya yang banyak bantu saya, saya akan buktikan lebih baik untuk acara Taijijian lelaki esok,” Zhi Yan yang merupakan pemenang pingat emas di Sukan Sea, Hanoi. – Bernama 

    Atlet wusyu Mandy Cebelle Chen (kiri) Chin Sy Xuan (tengah) dan Yong Arifah Khairul Kok (kanan) bergambar dengan pingat yang dimenangi dalam acara akhir Taijijian Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di Gimnasium 2, MSN, Bukit Jalil, Malaysia kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...