Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cecair hijau di Grand Canal cetus tanda tanya

    ROM, 28 MEI – Polis di Venice sedang menyiasat sumber cecair hijau pendarfluor yang muncul hari ini di Grand Canal yang terkenal.

    Gabenor wilayah Veneto, Luca Zaia, memuat naik gambar cecair hijau yang merebak di dalam air berhampiran Jambatan Rialto.

    Cecair hijau itu dilaporkan oleh penduduk.

    Imej di media sosial menunjukkan cecair hijau terang di terusan sepanjang tambak yang dipenuhi dengan restoran.

    Zaia berkata pegawai telah meminta polis untuk menyiasat perkara ini bagi mengetahui siapa yang bertanggungjawab.

    Kelihatan cecair hijau di Grand Canal sepanjang tambak yang dipenuhi dengan restoran di Venice. – AP

    Pihak bomba Itali berkata mereka meminta bantuan daripada agensi perlindungan alam

    sekitar serantau untuk mengambil sampel bagi tujuan ujian.

    Ini bukan kali pertama Grand Canal bertukar menjadi hijau.

    Pada 1968, artis kelahiran Argentina, Nicola Garcia Uriburu mewarnakan air terusan Grand Canal dengan pewarna pendarfluor semasa Biennale Venice ke-34 dalam usaha untuk memberikan kesedaran ekologi.

    Polis turut menyiasat sama ada perbuatan yang berlaku hari ini mungkin satu bantahan oleh aktivis perubahan iklim, menurut akhbar tempatan La Nuova Venezia. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda