Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtic tewaskan Chelsea

    WASHINGTON, 28 JULAI – Kyogo Furuhashi dari Jepun dan Matt O’Riley dari Denmark menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk mengalahkan Celtic 4-1 ke atas Chelsea dalam perlawanan persahabatan bola sepak kelab antarabangsa, kelmarin.

    Sementara itu, Luis Palma dan Michael Johnston menambah gol pada separuh masa kedua untuk pasukan Glasgow manakala Christopher Nkunku berjaya menjaringkan gol saguhati untuk pasukan London itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-89.

    Celtic, yang menang 4-3 Selasa lalu ke atas juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, mendominasi perlawanan di Universiti Notre Dame di South Bend, Indiana.

    Celtic mendahului pada minit ke-19 melalui rembatan padu kaki kiri O’Riley menerjah masuk ke gawang Chelsea.

    Manakala Furuhashi yang tidak dikawal turut melakukan rembatan kaki kiri pada minit ke-33 hasi daripada hantaran tengah O’Riley untuk memberikan kelebihan 2-0 kepada pasukan Scotland itu pada separuh masa pertama.

    Penyerang Honduras, Palma meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-76 dan Johnston menjaringkan gol terakhir Hoops pada minit ke-79. – AFP

    Maeda (kiri), bersaing dengan James untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak persahabatan pra musim di Stadium Notre Dame di South Bend, Indiana pada 27 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda