Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China perkenal setem khas sempena Tahun Naga

    BEIJING, 5 JAN – Pejabat Pos China hari ini telah melancarkan satu set dua setem khas untuk menyambut Tahun Naga berdasarkan zodiak Cina yang akan datang, lapor Xinhua.

    Satu daripada setem diperkenalkan perkhidmatan pos China itu menggambarkan seekor naga emas yang terbang di antara awan dengan latar belakang merah.

    Imej dan posturnya berasal dari Tembok Sembilan Naga di dalam Kota Larangan, melambangkan semangat kemajuan yang kuat dan peningkatan diri.

    Satu lagi setem menunjukkan dua ekor naga terbang di sekitar perkakas jed tradisional Cina yang ditulis dengan corak bertuah, menyatakan hasrat baik cuaca, kemakmuran dan keamanan yang sesuai untuk negara dan rakyat.

    China telah mengeluarkan setem zodiak setiap tahun sejak 1980.

    Kitaran zodiak Cina mengandungi 12 haiwan yang merekodkan tahun dan mencerminkan sifat manusia iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda