Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah: Lelaki M’sia dipenjara 20 tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Seorang lelaki warganegara Malaysia dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada Khamis lalu kerana mengedar dan mengambil dadah jenis methylamphetamine, serta mengelirukan pihak berkuasa mengenai identitinya.

    Pada mulanya, Markus Mohamad Yunos mengaku bersalah pada tahun 2020 kerana memiliki dadah bagi tujuan pengedaran dan penggunaannya, tetapi menafikan bahawa dia telah mengelirukan pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan menyatakan bahawa dirinya adalah adik-beradik lelakinya.

    Semasa hari perbicaraan pertamanya pada minggu lalu, Markus membuat keputusan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

    Timbalan Pendakwa Raya Affy bin Abdul Rahman memaklumkan mahkamah bahawa pada jam 11:43 malam 23 April 2019, pegawai BKN telah menyerbu sebuah rumah di Jalan Lubok Palam, Kuala Belait dan menahan empat suspek termasuk tertuduh.

    Walaupun tidak ada sebarang dadah yang dijumpai pada tertuduh semasa pemeriksaan tubuh, tetapi bahan kristal dan peralatan pembungkusan telah ditemui di ruang tamu yang sama.

    Bahan-bahan tersebut kemudian dianalisis dan didapati mengandungi 40.13 gram methylamphetamine.

    Peralatan pembungkusan itu disahkan digunakan untuk tujuan pengedaran, dan sampel air kencing tertuduh juga terbukti positif ke atas dadah yang sama.

    Semasa serbuan berkenaan, tertuduh mengelirukan pegawai dengan mengaku dirinya sebagai adik-beradik lelakinya.

    Hakim Muhammed Faisal bin PDJLDR DSP Haji Kefli mengendalikan kes tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda