Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daya tarikan mewah Kia Sportage baharu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Pengedar tunggal kereta Kia di negara ini, Grand Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan Kia Sportage Edisi Khas Ulang Tahun ke-30 sempena meraikan kejayaan model SUV kompak itu dalam pasaran global.

    Bagi menandakan pencapaian luar biasa ini, Kia telah mempertingkatkan spesifikasi Sportage 2024 Edisi Khas, memfokuskan kepada aspek keselesaan dan keselamatan, serta menambah daya tarikan mewah pada reka bentuk model tersebut.

    Antara peningkatan utama ialah penggunaan kaca lamina akustik di barisan tempat duduk pertama dan kedua, yang secara signifikan meningkatkan kesenyapan dalam kabin, menjadikan perjalanan lebih tenang dan selesa.

    Selain itu, ciri keselamatan turut dipertingkatkan untuk memastikan Sportage kekal sebagai pilihan utama keluarga, selari dengan reputasinya sebagai SUV keluarga yang unggul.

    Bahagian dalaman kabin juga mendapat sentuhan mewah, di mana pelanggan boleh memilih antara dua pek warna eksklusif: hijau dan hitam. Tempat duduk dilengkapi corak suede berkualiti tinggi, manakala logo ulang tahun ke-30 menghiasi kepala tempat duduk pemandu dan penumpang, menambah sentuhan eksklusif pada model edisi terhad ini.

    Penambahbaikan estetik turut dilakukan pada bahagian luaran, dengan aplikasi hitam berkilat diperluaskan ke beberapa bahagian kenderaan untuk memberikan penampilan yang lebih moden dan berani.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Kia Sportage Edisi Khas Ulang Tahun ke-30, orang ramai bolehlah melawat bilik pameran Kia terdekat.

    Kia Sportage Edisi Khas meraikan tiga dekad dengan reka bentuk moden dan kemewahan, tersedia sekarang di bilik pameran Kia. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Reka bentuk dalaman yang diperbaharui dengan pilihan warna eksklusif hijau dan hitam serta kemasan berkualiti tinggi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Reka bentuk anggun dan berani, menandakan tiga dekad kejayaan model SUV kompak ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda