Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    DFA tandatangani pemain baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Dash Football Academy (DFA), telah mengadakan majlis penandatanganan bagi pemain bawah 15 tahun DFA dan penaja untuk tahun 2023 yang berlangsung hari ini bertempat di Dewan Teater Sekolah Sukan.

    Majlis ini juga diteruskan dengan memperkenalkan jersi baharu DFA bagi tahun 2023 yang direka oleh syarikat tempatan iaitu Pitch BN.

    Para pemain ini adalah hasil pengembangan dari akademi DFA sendiri yang telah menjalani latihan sejak usia muda, bermula dari lapan tahun hingga 14 tahun. Pasukan tersebut akan mewakili DFA bagi kejohanan-kejohanan yang akan berlangsung pada tahun ini.

    Ketua Jurulatih DFA, Pengiran Mohd Shahrom bin Pengiran Haji Ismail mengongsikan bahawa kesemua pemain telah menunjukkan tahap disiplin dan prestasi yang sangat baik.

    Diharapkan kejohanan-kejohanan yang disertai akan dapat memberikan pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada pemain-pemain dan juga jurulatih DFA.

    Menurut beliau lagi, projek DFA selanjutnya bagi tahun 2023 adalah untuk menganjurkan Kejohanan Albirex SEA Youth Cup pada 4, 11 dan 18 Jun bagi pemain berumur bawah 18 tahun melibatkan akademi dan kelab bola sepak tempatan.

    Bagi kanak-kanak yang berminat untuk menyertai DFA bagi mempelajari asas bermain bola sepak, bolehlah menghubungi talian DFA, melalui akaun Instagram atau e-mel mereka.

    Gambar ramai para pemain baharu dan pengurus akademi yang hadir semasa majlis penandatanganan tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...