Wednesday, September 11, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic anggap dirinya ‘calon utama’ Wimbledon

    LONDON, 12 JULAI – Novak Djokovic berkata bahawa dia menganggap dirinya sebagai ‘calon utama’ untuk meraih gelaran Wimbledon tahun ini, walaupun kenyataannya itu kedengaran ‘sombong.’

    Bintang Serbia itu mara ke separuh akhir Wimbledon ke-12 dan menyamai rekod ke-46 di Grand Slam dengan kemenangan empat set ke atas Andrey Rublev semalam.

    Djokovic, yang memburu kejuaraan kelapan di Kelab All England dan gelaran utama ke-24 dalam kariernya, mara dengan keputusan 4-6, 6-1, 6-4, 6-3 dan akan menentang pemain Itali, Jannik Sinner untuk merebut tempat ke final.

    Dia kini telah mara ke separuh akhir Grand Slam, sama seperti Roger Federer yang telah bersara.

    “Saya tidak mahu kedengaran sombong, tetapi tentu saja saya menganggap diri saya sebagai calon utama,” kata Djokovic.

    Reaksi Novak Djokovic meraikan kejayaan memenangi satu mata dalam perlawanan perseorangan lelaki kejohanan tenis Wimbledon di London, pada 11 Julai. – AP

    “Jika melihat kepada hasil yang saya peroleh dalam karier saya di sini, empat kali terakhir saya menjuarai Wimbledon, maka ya, saya menganggap diri saya sebagai calon utama,” tambahnya.

    Pemain berusia 36 tahun itu semalam bermain dalam perlawanan Grand Slam yang ke-400 dalam kariernya dan menegaskan bahawa dia suka menjadi tumpuan pesaing.

    “Saya sangat gembira. Setiap pemain pasti ingin berada dalam posisi di mana semua pemain lain ingin mengalahkan awda,” katanya selepas mengekalkan rekod tidak pernah kalah di Centre Court sejak 2013.

    Rublev, pemain nombor tujuh dunia, kini telah kalah dalam semua lapan perlawanan separuh akhir yang dimainkannya dalam kejohanan utama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda