Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic, Kyrgios tersingkir aksi pusingan kedua

    BRISBANE, 2 JAN – Pasukan beregu baharu, Novak Djokovic dan Nick Kyrgios tersingkir daripada pusingan kedua kejohanan Brisbane International.

    Pasangan itu, yang diberi penyertaan wildcard oleh penganjur kejohanan, tewas 6-2, 3-6, 10-8 kelmarin kepada pasukan pilihan utama Nikola Mektic dari Croatia dan pemain New Zealand, Michael Venus.

    Djokovic melaku kesilapan berganda apabila kedua-duanya mendahului 8-6 dalam perlawanan pematah seri menjadi kunci kepada kekalahan setelah mereka kehilangan empat mata terakhir perlawanan.

    “Luar biasa,” beritahu Mektic kepada penonton. “Saya sangat gembira apabila melihat mereka, saya boleh beraksi menentang mereka pada awal Januari. Ia adalah satu perasaan yang luar biasa untuk memulakan tahun seperti ini dan kami tahu kami boleh peroleh mata seperti itu menentang pemain seperti ini.”

    Djokovic dan Kyrgios memenangi perlawanan beregu pembukaan mereka, satu acara yang menggembirakan penonton, diraikan oleh kedua-dua pemain di Arena Pat Rafter.

    Kyrgios tewas dalam perlawanan perseorangan pembukaannya Selasa lalu selepas 18 bulan tidak menyertai jelajah akibat kecederaan. Manakala Djokovic memenangi perlawanan perseorangan pertamanya pada hari yang sama dan seterusnya akan menentang Gael Monfils, yang mempunyai rekod 19-0 ketika itu. – AP

    Djokovic mengembalikan bola semasa perlawanan Pusingan Kedua Brisbane International menentang Rinky Hijikata dari Australia di Pusat Tenis Queensland di Brisbane pada 31 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda