Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPS anjur Program Hijau di Maktab Sains

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Seramai 100 pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) baru- baru ini telah menyertai Program Hari Hijau selama dua hari untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perubahan iklim khusus di dalam bidang maritim.

    Program yang ditaja oleh Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) dan dianjurkan oleh Curious Mind itu, bertujuan untuk menyokong usaha Brunei Darussalam dalam mempromosikan kelestarian.

    Penolong Pengurus Sumber Manusia DPS, Siti Khadijah binti Haji Abdul Halid telah menekankan komitmen syarikat DPS terhadap pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan komuniti semasa program berkenaan berlangsung.

    Beliau seterusnya menjelaskan, “sebagai penyedia perkhidmatan jurupandu maritim dan kapal tunda di kawasan perairan Muara, DPS melihat inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha ke arah kelestarian maritim, khususnya di perairan Brunei”.

    “Program ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat DPS untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar,” tambahnya.

    Hadir dalam acara tersebut adalah Pengetua Maktab Sains, Dayangku Hajah Norhasima binti Pengiran Haji Hassan.

    Suasana semasa program berlangsung. – GAMBAR SERAHAN DSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda