SRI LANKA, 27 MEI – Duta Perancis ke Sri Lanka, Jean Francois Pactet, 53, ditemukan meninggal dunia di kediamannya, lapor Sputnik memetik portal berita Sri Lanka Daily Mirror.
Duta itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dan ditemukan tidak bernyawa pada pagi Ahad, menurut laporan berkenaan.
Polis tempatan sedang menyiasat kejadian berkenaan dan bedah siasat akan dijalankan, tambah laporan itu. – Bernama