Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Elly Sugigi ditawar RM77,000

    Pelakon dan pelawak Elly Sugigi membuat pendedahan pernah menyerahkan anaknya kepada sepasang petani gara-gara hidup miskin dan tidak mampu untuk membesarkan kanak-kanak tersebut.

    Kata Elly atau Elly Suhari, 52, keputusan tersebut dibuat kerana pernikahan dengan bekas suami itu tidak direstui oleh bekas mentuanya ketika itu.

    “Hidup saya sangat miskin sehingga ada seorang anak saya serahkan kepada orang lain.

    “Waktu saya hamil, anak itu juga susah kerana perkahwinan saya dengan bekas suami tidak direstui keluarga,” katanya.

    Elly bagaimanapun tidak menjelaskan anak tersebut hasil dari perkahwinan mana kerana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali.

    Tambah Elly dia juga pernah ditawarkan wang berjumlah kira-kira RM77,000 oleh seorang individu lain yang mahukan anak tersebut.

    “Ketika hamil lapan bulan sudah ada yang mahukan anak itu. Ramai yang menawarkan duit seperti menjual anak sendiri.

    “Malah ada yang mahu beri RM77,000 dan sebuah rumah selepas anak itu dilahirkan.

    “Tetapi saya tolak kerana masih tahu hukum agama,” jelasnya. – Agensi

    Elly akui pernah hidup susah dan tidak mampu membesarkan anak sendiri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...