YANGON, 11 OGOS – Empat ahli keluarga, termasuk seorang anak damit berusia tujuh bulan, lemas ketika mandi di anak sungai di wilayah Mandalay, tengah Myanmar, beritahu seorang pegawai dari pertubuhan penyelamat kepada Xinhua hari ini.
Kejadian berlaku sekitar 9 pagi waktu tempatan kelmarin di sebatang anak sungai di bandar Meiktila wilayah Mandalay, katanya.
Air di anak sungai itu tidak begitu dalam, kira-kira ketinggian orang biasa, tambahnya.
Mayat kanak-kanak itu ditemui serta-merta dan dibawa ke hospital tempatan, namun mayat ibu masih dalam pencarian, katanya.
Keluarga itu, termasuk ibu dan tiga anaknya, tinggal di sebuah ladang di mana mereka tinggal berasingan daripada orang lain, kata pegawai itu. – Xinhua