Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol

    MADRID, 7 JULAI – Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman.

    Seorang mangsa mengalami kecederaan di kepala, manakala lima yang lain mengalami lebam, kata jurucakap perkhidmatan kesihatan tempatan kepada penyiar awam RTVE.

    Beberapa mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

    Bermula 7 hingga 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu jantan dan ada di antaranya seberat lebih 600 kilogram, melalui lorong-lorong sempit Pamplona sejauh 875 meter menuju ke arena.

    Lembu-lembu itu kemudiannya dikurung di gelanggang sebelum diletakkan bersama matador untuk pertarungan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda