ANKARA, 26 APRIL – Wawancara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam hari Selasa apabila pemimpin Turkiye itu berasa tidak sihat semasa acara langsung itu kerana mengalami radang perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.
Wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden.
Siaran langsung itu tiba-tiba terganggu apabila seorang wartawan mula bertanya soalan mengenai rombakan kabinet masa depan.
Suasana lama terdiam ketika siaran itu menimbulkan kebimbangan di media sosial, lapor Sputnik.
“Pertama sekali, saya doakan kesihatan yang baik. Ada banyak kerja pilihan raya semalam dan hari ini. Itulah sebabnya saya diserang selesema perut.
“Saya juga terfikir sama ada kami perlu membatalkan program itu.
“Namun kami berjanji dan kami datang.
“Saya memohon maaf kepada awda dan penonton kami,” kata Erdogan dalam siaran selepas lama berdiam. – Bernama