Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erma Fatima intai pelawak Indonesia Rina Nose

    Pelakon dan penerbit Erma Fatima meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan selebriti sensasi dari Indonesia iaitu Rina Nose dalam musim terbaharu drama bersiri Mak Cun.

    Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 55, berkata, selain Bain Wong dia juga sedang berusaha mendapatkan pelawak, penyanyi dan pengacara tersebut dalam musim ketujuh drama bersiri berkenaan.

    “Sepatutnya kami akan tampilkan Baim Wong tapi buat masa sekarang kami masih lagi berbincang mengenai jadual kerjanya dan tarikh yang sesuai.

    “Tapi, sebenarnya, saya mahukan Rina Nose untuk terlibat sama dalam musim ketujuh Mak Cun ini. Tapi buat masa sekarang, kami masih lagi sedang usahakan,” katanya kepada mStar.

    Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Malam Kasih Ramadan Shopee X Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

    Kata Erma, dia mula berminat dengan Rina selepas melihat beberapa aksi spontan yang kelakar selebriti itu di platform TikTok.

    Erma bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila bakat seperti ditonjolkan Rina masih belum ditemui di Malaysia.

    “Saya sangat sukakan Rina Nose kerana bakatnya yang luar biasa. Saya memang cepat jatuh cinta kepada orang yang berbakat sepertinya.

    “Kita tak ada orang begitu di Malaysia yang ada pelbagai bakat. Bukan sekadar lawak, menyanyi pun sedap,” luahnya.– Agensi

    Erma Fatima idamkan kerjasama dengan Rina Nose. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda