Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eyka, Akhyar nak kahwin

    Bakal melangkah usia ‘tiga siri’ tahun hadapan, pelakon jelita, Eyka Farhana, 29, juga memiliki keinginan melangkah ke alam rumah tangga.

    Namun, disebabkan tanggungjawab besar kepada keluarga, wanita kelahiran Ampang, Selangor itu harus memikirkan pelbagai sudut sebelum membina rumah tangga bersama jejaka pilihan.

    Barangkali hubungan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid yang berani dikongsi secara terbuka menyebabkan timbul pelbagai spekulasi terhadap hubungan mereka.

    Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan Eyka dan Akhyar sudah memilih tarikh perkahwinan.

    Eyka berkata, dia dan Akhyar belum berbincang ke arah fasa perkahwinan disebabkan masih dalam proses kenal hati budi.

    Eyka berharap peminat mendoakan semoga impiannya melangkah ke alam perkahwinan berjalan lancar. – Hot FM

    “Kami belum tetapkan sebarang tarikh pernikahan, tahun ini. Jangan percaya dengan khabar angin tidak sahih.

    “Seandainya ada tarikh sudah ditetapkan, saya sendiri akan maklumkan kepada semua. Tapi, buat masa ini, belum ada berita gembira yang ingin dikongsikan,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berharap peminat mendoakan semoga impiannya melangkah ke alam perkahwinan berjalan lancar.

    “Tipulah kalau saya katakan tidak teringin bergelar isteri, hanya masa sahaja belum tiba.

    “Saya mempunyai banyak komitmen yang perlu diselesaikan dan saya juga ada tanggungjawab besar untuk keluarga. Jadi, saya harap awda semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan Akhyar,” katanya.

    Eyka dilihat tidak begitu terbuka berkongsi status hubungan dengan Akhyar sebelum ini.

    Bagaimanapun, Eyka mula berani berkongsi kisah cintanya sejak 2020. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda