Saturday, May 11, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    FA denda Klopp £30,000

    LONDON, 28 OKT – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp didenda £30,000 oleh Persatuan Bola sepak England (FA) namun terlepas hukuman penggantungan kad merah yang diterimanya semasa The Reds menang 1-0 ke atas Manchester City awal bulan ini.

    Klopp dibuang padang kerana tidak puas hati dengan Anthony Taylor selepas pengadil itu memutuskan untuk tidak menghukum pemain City, Bernardo Silva kerana mengasari Mohamed Salah.

    “Kad merah itu adalah kesalahan saya. Saya memang hilang sabar ketika itu. Apa yang saya lihat mengenai kejadian itu memang sepatutnya saya dihukum sedemikian,” kata pengendali dari Jerman itu.

    Klopp didapati bersalah atas kelakuan tidak wajar oleh panel bebas dan dikenakan denda £30,000.

    FA bagaimanapun, boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu sebaik sahaja ia menerima alasan bertulis daripada panel.

    Jurgen Klopp telah didenda £30,000 kerana melanggar Peraturan FA E3 semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester City FC pada Ahad 16 Oktober.

    “Pengurus berkenaan mengakui kelakuannya pada minit ke-86 adalah tidak wajar, dan suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan sekatannya semasa perbicaraan.

    “Sekatan ini tertakluk kepada rayuan oleh Jurgen Klopp atau FA berikutan penerimaan alasan bertulis suruhanjaya kawal selia bebas,” kata badan induk berkenaan.

    Februari tahun lalu, Klopp didenda £45,000 selepas menerima pertuduhan FA kerana mempersoalkan integriti pengadil Kevin Friend selepas seri 1-1 dengan West Ham. – AFP

    Reaksi Jurgen Klopp selepas tamat perlawanan antara Liverpool dan Ajax di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...