Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fatin Afeefa tak bagi anak jadi artis

    Mahu yang terbaik untuk dunia dan akhirat, pelakon Fatin Afeefa menegaskan dia sama sekali tidak mengizinkan anak-anaknya terlibat dengan dunia seni.

    Fatin atau Fatin Nur Afah Shamsudin, 29, sebaliknya mahu melihat anak-anak cemerlang dalam bidang akademik serta bergelar penghafaz Al-Quran.

    “Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri.

    “Anak saya kena belajar, hafal Al-Quran,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

    Fatin berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan warganet mengenai penglibatan cahaya matanya dalam industri hiburan, dedah mStar.

    Fatin menjelaskan sebagai ibu dia berhak menentukan masa depan anak-anaknya. – mStar

    Meskipun menerima banyak tawaran, Fatin tetap tidak membenarkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon.

    Malah, dia sebagai ibu berhak menentukan masa depan mereka apabila dewasa kelak.

    “Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon.

    “Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah,” jelasnya.

    Sebelum ini, Fatin memilih untuk mengundurkan diri daripada dunia hiburan bagi memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

    Katanya, keputusan itu dibuat kerana akur dengan permintaan suaminya iaitu Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda