Sunday, January 19, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fattah Amin, Amira Othman baju sedondon sebab kerja

    Tampil memakai pakaian sedondon bersama penyanyi Amira Othman pada majlis pengumuman duta Jakel Raya 2025, pelakon Fattah Amin menjelaskan ia sekadar memenuhi tuntutan kerja.

    Jelas Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia tiada masalah tampil sedondon asalkan ia dapat memberi impak positif buat diri serta jenama berkenaan.

     “Ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh klien, kita sama-sama bantu.

    “Sebagai wajah Jakel saya perlu membantu dari segi promosi dan bila mereka setuju gandingkan saya dengan Amira bagi saya kami sama-sama bantu promosi.

     “Bila gandingan kami ni ada impak positif buat Jakel dan kami berdua saya rasa tiada masalah kerana semuanya rezeki diberikan oleh Allah,” katanya kepada mStar.

    Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Fattah dan Amira dilantik menjadi duta jenama berkenaan bersama-sama artis lain seperti Elly Mazlein, Cik Epal, Nabil Ahmad dan Anzalna serta kumpulan Senario bagi memeriahkan kempen raya tahun ini.

    Malah ketika di majlis tersebut, Fattah turut dilihat menjaga jaraknya bersama Amira sewaktu berjalan serta ditemu bual media.

    Dalam pada itu, Fattah berkata dia tidak berasa rimas dikaitkan dengan selebriti wanita kerana padanya semua sekadar urusan kerja tanpa melibatkan sebarang perasaan.

     “Saya hanya fikir urusan kerja sahaja, saya tengok juga permintaan daripada klien macam mana.

    “Kalau benda diminta tidak berlebihan dan menjaga imej saya rasa ia tiada masalah selagi wujudnya persefahaman bersama.

    “Lagipun yang ‘kenen-kenenkan’ itu peminat bukan kami sendiri yang minta ia terjadi,” ujarnya.

    Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas pelakon itu bercerai dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu.

    Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menjelaskan mereka hanya bekerjasama dalam muzik video single terbarunya berjudul Bila Nak Kahwin? – Agensi

    Fattah dan Amira pakai sedondon atas urusan kerja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda