MANILA, 12 DIS – Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) melaporkan 402 kes baharu COVID-19 hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 2,863,592.
DOH juga melaporkan 184 lagi kematian akibat komplikasi COVID-19, membawa jumlah keseluruhan kepada 50,280.
Daripada jumlah kematian baharu yang direkodkan itu, enam daripadanya berlaku bulan ini, tambahnya.
DOH melaporkan sekitar 1,000 kes harian sejak 24 November dengan jumlah tertinggi kes harian dicatatkan pada 11 September iaitu sebanyak 26,303 kes. – Xinhua